remyeffendy
Tanggal 8 Mac 2008 adalah satu sejarah di mana pemerintah durjada Barisan Nasional yang selama ini terus-terusan menzalimi rakyat telah dihukum dengan kepedihan yang dirasakan hampir mencabut urat saraf mereka.
Mengimbau 10 tahun ke belakang di mana sewaktu era reformasi yang dicetus Anuar Ibrahim telah menjadi titik permulaan kebangkitan rakyat khususnya anak-anak muda yang telah keluar ke jalan-jalan raya, meluah perasaan marah dalam jiwa mereka kerana sifat semulajadi Jiwa Orang Muda mereka telah dicabar golongan pemerintah yang dianggap telah menzalimi rakyat. Mereka telah diinjak-injak dan dibentak-bentak, dikasari dengan rakusnya oleh anjing-anjing belaan pemerintah yang cuba menafikan keadilan kepada rakyat.
Selepas 10 tahun berlalu, Jiwa Orang Muda terus segar sebagai penggerak kebangkitan rakyat menentang pemerintah yang zalim ini malah sebenarnya lebih zalim lagi kerana mereka ibarat harimau luka yang hampir tewas dalam pertarungan sengit 8 Mac 2008 yang lalu.
Kini Jiwa Orang Muda dilandasan yang betul bagi meneruskan kemaraan bagi menghambat pemerintah zalim ini keluar dari singgahsana emas mereka yang dibina dengan keringat dan air mata rakyat. Usaha ini tidak akan berhenti setakat ini, Jiwa orang Muda akan terus hidup segar dibajai semangat kental si jebat.
"Pemerintah Adil Pemerintah ini Wajar Disokong, Pemerintah Zalim Pemerintah inilah yang amat wajar ditentang Jiwa Orang Muda "! kepada Pemerintah....Jangan sesekali mencabar Jiwa Orang Muda, Rakyat bersama kami menentang kezaliman hingga ke akhirnya......