Sabtu, 2 Januari 2010

SINGGAHSANA PUTRAJAYA: JIWA ORANG MUDA SENTIASA DI HADAPAN

remyeffendy

Logo Pakatan Rakyat (PR) tampak Gagah sesuai dengan cita rasa
Jiwa Orang Muda.

(Gambar: Logo Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat)

Inilah sesuatu yang memang dinanti-nantikan sebahagian besar rakyat Malaysia dan amat-amat ditakuti Barisan Nasional (BN). Dalam Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, 53% Rakyat Malaysia di Semenanjung sudah membuktikan mereka menolak BN.

PR perlu bekerja lebih kuat lagi bagi menarik sokongan rakyat di Malaysia Timur yang belum lagi menampakkan sokongan yang nyata kepada PR. Ujian Pertama dapat dilihat semasa keputusan Pilihanraya Kecil Batang Ai (Air) di Sarawak yang tidak menyebelahi PR, pilihanraya negeri Sarawak yang dijangkakan pada tahun ini atau pada awal tahun 2011 sekali lagi akan menjadi ujian besar kepada Jentera PR di Sarawak membuktikan kemampuan mereka membuat kejutan atau sekurang-kurangnya menyamai keputusan 53% suara rakyat di Semenanjung Malaysia menolak BN.

Baki penggal pemerintahan BN sehingga ke Pilihanraya Umum ke 13 nanti perlu digunakan sebaik mungkin bagi mengukuhkan PR dan melemahkan BN. Sebagaimana besarnya harapan rakyat yang mahu melihat perjalanan demokrasi di Malaysia berada dilaluan yang betul, rentetan daripada penubuhan Pakatan Rakyat secara rasmi pada 19 Dis lalu adalah permulaan ke arah sistem dua parti di Malaysia. PAS, PKR dan DAP perlu membuktikan Pakatan Rakyat adalah Alternatif kepada Barisan Nasional yang selama lebih 50 tahun telah membelenggu rakyat Malaysia dengan mengonggong pemahaman perkauman sempit mereka.

BN yang dibarisi UMNO, MCA, MIC dan Lain-lain parti perkauman segerombolannya mungkin dapat merasakan bahawa perjuangan berasaskan kaum yang mereka anuti sudah tidak lagi sesuai dengan suasana politik semasa tetapi mereka dengan angkuh mengatakan... "Rakyat Malaysia masih memerlukan BN, PR hanya bermimpi di siang hari." Ya... biarkanlah gerombolan-gerombolan itu dengan egonya.. . Mereka akan terkejut besar kelak pada Pilihanraya umum ke 13 melihat Pakatan Rakyat melangkah dengan penuh bergaya menawan Singgahsana Putrajaya. Jiwa Orang Muda sentiasa di hadapan bagi merealisasikan impian ini. Syabas Pakatan Rakyat!

Sabtu, 26 Disember 2009

JIWA ORANG MUDA


remyeffendy


Tanggal 8 Mac 2008 adalah satu sejarah di mana pemerintah durjada Barisan Nasional yang selama ini terus-terusan menzalimi rakyat telah dihukum dengan kepedihan yang dirasakan hampir mencabut urat saraf mereka.

Mengimbau 10 tahun ke belakang di mana sewaktu era reformasi yang dicetus Anuar Ibrahim telah menjadi titik permulaan kebangkitan rakyat khususnya anak-anak muda yang telah keluar ke jalan-jalan raya, meluah perasaan marah dalam jiwa mereka kerana sifat semulajadi Jiwa Orang Muda mereka telah dicabar golongan pemerintah yang dianggap telah menzalimi rakyat. Mereka telah diinjak-injak dan dibentak-bentak, dikasari dengan rakusnya oleh anjing-anjing belaan pemerintah yang cuba menafikan keadilan kepada rakyat.

Selepas 10 tahun berlalu, Jiwa Orang Muda terus segar sebagai penggerak kebangkitan rakyat menentang pemerintah yang zalim ini malah sebenarnya lebih zalim lagi kerana mereka ibarat harimau luka yang hampir tewas dalam pertarungan sengit 8 Mac 2008 yang lalu.

Kini Jiwa Orang Muda dilandasan yang betul bagi meneruskan kemaraan bagi menghambat pemerintah zalim ini keluar dari singgahsana emas mereka yang dibina dengan keringat dan air mata rakyat. Usaha ini tidak akan berhenti setakat ini, Jiwa orang Muda akan terus hidup segar dibajai semangat kental si jebat.

"Pemerintah Adil Pemerintah ini Wajar Disokong, Pemerintah Zalim Pemerintah inilah yang amat wajar ditentang Jiwa Orang Muda "! kepada Pemerintah....Jangan sesekali mencabar Jiwa Orang Muda, Rakyat bersama kami menentang kezaliman hingga ke akhirnya......

JOM JADI BLOGGER!

SALAM SEJAHTERA KEPADA RAKAN BLOGGER. IZINKAN JIWA ORANG MUDA MENJADI SEBAHAGIAN DARI ANDA.